
Assalamualaikum dan Salam pagi Jumaat buat semua sahabat Bahagia yg dirahmati Allah.
Alhamdulillah hr ni cik wawa nk share Selawat Murah Rezeki.
Jangan lupa sentiasa Amalkan dan disiplinkan diri..InshaAllah sahabat2 semua akn mendapat hasilnya.
Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali selepas solat fardhu.
Ya Fattah itu ertinya yang maha pembuka dan pemberi keputusan, selain bisa digunakan untuk membuka rezeki, keutamaan Ya Fattah ada banyak seperti memohon jodoh, memohon dapat kerja, memohon diberi keturunan, memohon diberi kesembuhan dan lain-lain.
Sedangkan Ya Razzaq ertinya adalah maha pemberi rezeki, jadi sangat bagus diamalkan untuk kita yang sedang berusaha memperbaiki keadaan ekonomi.
Setelah itu dilanjut dengan membaca ayat kursi 1 kali dan ditambah lagi dengan membaca surat al ikhlas sebanyak 3 kali. Lakukanlah secara rutin, mudah-mudahan dengan izin NYA akan diberikan kemurahan rezeki.
#WaAlmahijjaz
#putrajaya