Assalamualaikum Hai Saya Mastura Ahmad @zakaria Nama Mesra

Assalamualaikum hai saya Mastura Ahmad @Zakaria nama mesra wawa Almahijjaz merupakan pengasas Almahijjaz Collection iaitu Fashion Islamic designer, sy adalah Anak peneroka felda chiku 5, Gua Musang Kelantan ibu kpd 4 org cahaya mata dan kini menetap di putrajaya

Dulu dulu masa baru mula berniaga kecil kecil, bermula dgn Booth jelajah putrajaya utk perkenalkan Brand Almahijjaz, dengan membawa anak2 yg masih kecik Wawa buat segala kerja sorang sorang, angkat brg dr umah masuk keta, sampai di booth angkat keluar buat sorang2, angkat khemah pasar malam 10x10 sorang2 reply semua pm sorang2, packing parcel sendiri . pegi pos laju sorang sorang . Masa tu rasa teringin sangat nak ada staff . Teringin nak ada butik , impian saya tggi , semoga Impian wawa tercapai.

Segala keperitan hidup wawa Allah sahaja yang mengetahui .. banyak mana air mata bersama Almahijjaz .. sampai saat ini .. dugaan dan ujian tak pernah berhenti .. tapi siapa sangkaa .. Almahijjaz berjaya sampai ke tahap ini.

Bagi wawa result SPM yg kurang bagus tu bukan penentu kegagalan tapi bila kita ada satu semangat iaitu semangat yang tak pernah mengalah insyaAllah kejayaan milik kita.

Alhamdulillah...sejujurnyaa masih tak percaya dan masih belum lah berjaya dan hebat seperti nama nama besar sekarang . Terasa malu sendiri sejak masuk berita hr tu ramai yang pm nak belajar berniaga dan cam ner wawa urusan masa kerja dan bisnes..senang je wawa bgtau ada JADUAL HIDUP dan DISIPLIN DIRI bg wawa sendiri masih byk perlu belajar .. masih banyak yang perlu wawa perbaiki ..

Bila kita nk masuk selangkah dlm bidang perniaga memang kene kuat . Usaha kene lebih .. jangan malu , jangan mengalah ..kena korban byk masa dan kene ingat , jangan tengok apa yang orang lain buat pastu nak lawan dia . Jadilah diri sendiri jgn jd org lain.

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali, namun ada satu hal yang masih tetap kita lakukan, iaitu belajar dari dari pengalaman dan masa lalu untuk hari esok yang lebih baik.

Dalam kehidupan perlu ada terbang tunduk barukan kejayaan akan kekal jd milik kita..untuk berjaya kita x perlu naik seperti kelajuan lift, terus ke atas..naiklah tangga satu langkah ke satu langkah..jika jatuh mesti akan jatuh ke tangga ke seterusnya bukan jatuh terus ke bwh.

Wawa selalu ckp pd diri wawa Jalan cerita setiap orang kan tak sama... Kadang kita nampak senang orang tu tapi kita tak tahu susah yang dia dah lalui . Lihat sahaja apa yang ada sekarang dan bersyukurlah .

segalanya milik Allah, Jangan lupa doa . Kadang kadang bantuan Allah datang dalam saat & waktu yang tidak terduga . Bukan senang nak senang . Banyak yang kene berkorban . Kene tabah , tak boleh putus asa . Kalau jatuh kene bangun balik walaupun payah kerana kepayahan itu dtgnya kesenangan insyaAllah. Bukan hari ni kita berniaga , orang terus kenal kita , kenal brand kitaa . Semuanyaa ambil masaa .. kene betul betul sabar dan sentiasa berdoa kepada MAHA PEMBERI.

Kekuatan wawa adalah keizinan Allah , suami, abah, anak2 dan Family. Tanpa doa, sokongan dan redha mereka tak mungkin wawa kuat utk sampai ke tahap ni. Tqsm semua atas sokongan anda.

Jom sama smaa kita usaha dan doa semoga dimurahkan rezeki semua insyaAllah .. amin aminn ❤️

Coretan cinta dan Inspirasi WawaAlmahijjaz
7 APRIL 2018
JAM 2.07 AM

#BilaCikwawaBuatKarangan