AlmaHijjaz adalah nama baru bagi jenama pakaian ekslusif muslimah. Bagi muslimah yang mementingkan gaya dalam kehidupan seharian, AlmaHijjaz menawarkan konsep baju kurung, jubah serta blaus yang ekslusif untuk digayakan di pejabat, majlis perayaan dan juga majlis keramaian serta kehidupan seharian yang memberi keselesaan disamping rekabentuk corak grafik yang menarik termasuk menyediakan kemudahan pada urusan solat sebagai seorang muslimah dan juga ibu yang menyusu.

AlmaHijjaz menghasilkan rekabentuk pakaian yang meliputi julat dari premium asas dalam pelbagai pilihan warna kepada corak rekabentuk dengan keluaran terhad termasuk kualiti yang dijamin tinggi dan ekslusif. Setiap pilihan warna dan corak rekabentuk adalah diinspirasikan daripada kehidupan seharian termasuk suka duka pemilik AlmaHijjaz, Wawa!

AlmaHijjaz juga bakal menghasilkan pakaian yang akan digayakan oleh seisi keluarga iaitu ibu dan anak perempuan sesuai dengan kehidupan seharian di kota mahupon di desa. Tampil berkeyakinan dan bertenaga dengan menggayakan busana AlmaHijjaz.

KENAPA kami yakin dengan Produk kami?..sebab kami bukan menjual kuantiti tetapi kami menjual kualiti, kami memberi jaminan pada setiap rekabentuk pakaian kami hasilkan.

Kewujudan AlmaHijjaz sendiri bermula dari berniaga secara bersua muka dengan para pelanggan dengan menyertai serta membuka kiosk kecil di acara atau festival setempat, diperkenalkan oleh para pelanggan dari bibir ke bibir dan dengan hanya bermodalkan duit simpanan sendiri yang agak terhad hasil dari pendapatan 'makan gaji' di sektor kerajaan (Badan Berkanun) serta urusan kewangan yang kami sendiri uruskan dari segi keluar masuk hasil jualan ..Alhamdulillah, Almahijjaz mula membuat transformasi dengan cara menjual di alam maya..diperkenalkan di kaca tv melalui drama -drama pilihan.

Perancangan pada tahun hadapan adalah ingin memujudkan satu sistem online shop bagi memudahkan pelangan - pelangan Almahijjaz Collections membeli dengan mudah dan cepat

Masa Bersama AlmaHijjaz!

JOM FOLLOW PAGES https://business.facebook.com/almahijjaz/?business_id=118073125568642